Panduan Mencegah Pecah Rumah

Jika kita bercadang untuk pergi bercuti panjang, pastikan rumah anda selamat
untuk ditinggalkan. Biasanya kecurian berlaku pada musim cuti atau
perayaan. Gaya hidup kini yang mementingkan `privacy' menggalakkan
pecah rumah kerana saling tidak mengenal jiran.


Berikut 11 panduan mungkin dapat membantu anda mencegah kegiatan
jenayah ini.

1.Sebelum meninggalkan rumah, pastikan semua pintu, tingkap dan jeriji
dikunci.

2.Jika anda tinggal di rumah bandar atau bertangga khas menuju ke rumah
anda, pastikan pagar ke rumah anda berkunci. Jika di dalam rumah anda
memasang pagar (bertujuan mengelakkan anak kecil turun naik tangga),
tangga ini pun sebaiknya dikunci juga.

3.Berbaik dan bergaul dengan jiran. Beritahu jiran bahawa anda tiada di
rumah.

4.Sertai kegiatan sukarelawan atau Rukun Tetangga di kawasan perumahan
anda yang membuat rondaan pada waktu malam.

5.Pasangkan lampu halaman atau lampu keselamatan untuk mengelirukan
pencuri.

6.Berikan kunci pendua kepada kawan atau jiran yang dipercayai. Minta
bantuan mereka menjenguk rumah sepanjang ketiadaan anda.

7.Batalkan langganan akhbar. Longgokan akhbar di halaman atau di pintu
pagar menandakan rumah tiada penghuni .

8.Jika ada perkhidmatan rondaan pihak penguasa seperti polis,
maklumkan kepada mereka bahawa rumah anda akan kosong untuk tempoh
tertentu.

9.Cabut talian telefon rumah untuk mengelakkan telefon berdering.
Sebaiknya sediakan peti pesanan suara tetapi jangan sekali-kali
memberitahu anda tiada di rumah.

10.Simpan semua barang berharga di tempat selamat dan sebaik-baiknya
sorokkan daripada pemandangan bakal penyamun.

11.Pasangkan lampu keselamatan yang boleh padam atau nyala secara
automatik atau berkala; contohnya lampu taman solar (hanya menyala
pada waktu malam). Ini seolah-olah menandakan anda berada di rumah.

12.Pasangkan lampu didalam rumah sekurang-kurangnya 1 lampu seperti lampu tangga, dapur dan sebagainya.

*artikel daripada anizyn.blogspot.com

4 comments:

Anonymous said...

Saya nak tambah point No.5. berkenaan lampu belakang. Semasa kami meronda mlm tadi, didapati Block B (No 2-28, U11/5),lampu di lorong belakang tidak dinyalakan seperti yg kita cadangkan tempohari.
Di minta warga yg berkenaan mengambil tindakan yg sewajarnya sbb lorong tu sgt gelap.

Rumah No. 18 pulak, too open & risky. Anyway just our observation.

Regards.

Anonymous said...

too open & risky tu cmne...
tingkap terbuka ke...pintu tk rapat ke...

Anonymous said...

too open tu maksudnyer sliding glass window & pintu takde grill, takde curtain to prevent org luar melihat kat dlm rumah- samada nak tgk ada org atau apa brg yg boleh di songlap.

Dari lorong gelap kat belakang boleh nampak semua benda kat dlm very clear (lampu kat dapur ON).

Rasanya mcm baru renovated & vacant.

Anonymous said...

o gitu kee.....tp kalo tk silap no 18 ade penghuni...tkperla nti saya tlg highlightkan isu ni pada yg berkenaan....

tahniahh atas keperihatinan anda....terime kasihhh ....