KASI BIKIN PANAZZZZ SIKITTTT.....
Posted by Shuq at 8:37 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bukit Bandaraya
Taman Cahaya Seri Alam
KEBANGGAAN PENDUDUK
JALAN GUNUNG NUANG U11/5
Copyright 2008 - Bukit Bandaraya Shah Alam
O2 Design of eches
| To Blogger by
Blogger Templates Distributed by eBlog Templates
27 comments:
Ada plan ke?
ada bro ! next Jan 16. tapi outsider ada markup sikit laa, ha ha... ada berani mau join ?
Jommm...
Shuq - 46
wah, ini program yang sangat mulia dan dipuji.
outsider itu adalah orang-orang yang bukan bermastautin dalam BBSA dan jugak sedare-mare, kawan-kawan etc.
kalau kami geng2 Seri Nuang nie dikira sebagai outsider sebab bukan warga U11/5. heheheheheee
kami kat Jalan Gunung Nuang U11/37 nie menyokong dari belakang la program nie...
semoga ikatan kekeluargaan akan terjalin lebeh erat dan merapatkan ikatan ukhwah sesama Muslim.
"Muslim Unity"
tq sri nuang... sokongan anda amat dihargai.... kami di U11/5 ni bukannya anti org luar dari lorong kami... cuma kekuatan kami utk organize setakat ni je yg mampu, ni pon mcm nak 'frust' ada jugak tp kerana fikirkan objective dan intention untuk mengeratkan lagi sesama jiran tetangga yg terdekat kami teruskan lah jugak... ini event bbq kambing yang ke 3 telah di adakan. Semoga Lorong2 & Taman2 lain mengambil inisiatif yang sama ok tak. Sapa lagi kita nak berbaik2 kalau x jiran tetangga kita especially yg paling dekat lah.......
nostalgik sggh! blh emo tgk gmbar camni. tp bbrp foto patut diedit dr post ni supaya x timbul ribut2 lg...hihihi
hahahahahaa, kami org2 seri nuang dah banyak kali jugak la tengok u11/5 buat kambing golek nie...
memang layan dan menjilat siku nampaknya.. takpa, nanti kita pakat buat sama-sama kambing golek...
tadak hal, kami paham... bab bajet nie memang crucial la, mana-mana pon sama.
program camni adalah sangat baik untuk bagi kenai sesama kita. Elok diteruskan.
wah, ada karaoke sekali ka?
bagus nie...
Saya tertarik dgn komen pihak anonymous(December 22,2009 5:44PM)said:.... btw saya rasa 'budget' bukan isu nya ... yang menjadi masalah zaman sekarang ini adalah sifat 'kerjasama' dan 'pengorbanan masa' Bab RM ni ... hampir semua sanggup dan mampu tapi bab yg lagi satu tu... agak limited zaman kini .
kalau kita tengok kenduri kendara zaman sekarang dan dahulu kala jauh ketara tetapi akan dikata orang bahawa zaman dulu lain zaman sekarang lain, sekarang sibuk bukan macam dulu tapi kita kena tengok impact dari segi yang lain, for me efforts is more important than RM, dan kesannya banyak kita boleh lihat sekarang.
iklan kerajaan 1Malaysia pun asyik berkemundang di tv/radio 'apa yang penting = KERJASAMA
Pihak Pak/Mak Menteri pun duk sibuk berkempen macam-macam tapi kita sebagai penduduk masih belum mengerti lagi tentang erti KERJASAMA @ GOTONG ROYONG apa yang kita kejar RM RM RM . memang RM itu penting sebagai keperluan tetapi nilai persahabatan dan kejiranan bukan boleh di jualbeli
SYABAS blog u11-5
setuju dgn komen anonymous Dec 23, 2009, 5.30pm. bila asyik muka2 yg sama turun buat krj, dikata kroni plak. pd hal puak tu la yg dok bersungguh nak bg event yg telah di plan tu menjadi.
zmn skrg sifat sukarela semakin sukar dicari, terima aje la. mana blh paksa2.
ikhlaskan diri & redha, anggaplah ianya satu ibadah utk ukhwah kejiranan. Amin.
ye la sang anonymous,
kita tengok kartun wonderpets pon cukup, depa sampaikan mesej kerjasama dan unity jika kita berada dalam satu grup.
Kami di seri nuang nie alhamdulillah, banyak yang memberi kerjasama dan sumbangan dalam menganjurkan sesuatu program atau majlis ilmu serta sukan setempat.
untuk tujuan itu, kita lah kena mulakan dulu supaya benda tu berjalan. kami cuba usahakan dulu mana yang termampu.
kalau komuniti tu org tak berada sekali pon, tetapi dengan sifat serta kesedaran tentang pentingnya group work nie, barulah sesuatu program itu akan berjalan dengan jayanya.
Kalau kita pi kat seksyen yang lama-lama macam 18, 17, 16 tu... maseh ada semangat gotong-royong sebab depa dah dok kat sana lebeh dai 20 tahun, maka itulah kampung halaman di shah alam nie.
oleh kerana rata-rata umur penduduk pon muda dalam linkungan 30an atau 40an, masing2 dengan kerjaya yang tinggi, maka ini sedikit sebanyak mempengaruhi dan menjuruskan keadaan seperti itu berlaku.
kita memang tak buleh paksa orang2 nie... Nanti jadi lagi teruk...
Oleh itu, silalah datang ke Santai De'Nuang Cafe...
Dan antara sebab-sebab lain yang mungkin ialah, perasaan ingin menyendiri dari komuniti penduduk yang ada..depa takmau kenai denga jiran-jiran.
depa kena ingat, jiran-jiran nilah yang akan tolong bila ada sesuatu yang berlaku.
takkan kita nak panggei adik-beradik yang dok jauh dari rumah kita...
Perasaan selfish tu kena buang jauh-jauh bila kita dok kat pekan besaq macam nie. kita majoritinya ramai yang merantau dari negeri lain.
bagus lah kalau dapat jiran macam sri nuang insya allah kami di sini akan cuba buat sedaya yang mungkin....
mmg betul cakap sri nuang kalau x jiran sebelah sapa lagi kita nak harapkan ye.... kereta rosak batteri habis xkan kita nak panggil adik/abang ataupun kawan2 baik kita yg tinggal jauh2 ye... make sense lah sri nuang ni...
tp apa kan daya kita rasa kawan yg jauh2 tu lagi 'close'
terima kasih lah kerana bagi peringatan.
zaman sekarang ini semua orang pakai RM nak buat apa2 - boleh bayar boleh beli bab gotong royong xmain lah ... kami muda lagi dan sibuk mencari RM. Nanti anak bini nak makan apa ! mana ada masa nak gotong royong ni..
betul tak
x kisah la sama ada kita sokong atau x sokong semangat gotong-royong ni. masing2 ada pandangan tersendiri.
cuma bila sesuatu aktiviti kejiranan dibuat, berilah sokongan. sokong dgn RM ke, tenaga ke, buah fikiran ke...apa saja la.
cuma yg sedihnya bila ada puak2 yg dah la x nak menyokong & x nak menyumbang tp asyik nak meng'kondem' saja.
bg aku, if u can't say anything good then silent is much appreciated.
Alaa, bukannya selalu buat benda2 mcm ni. sekali dua aje setahun. Setahun ada 365 hari....takkan 1 atau 2 hari tak boleh allocate utk benda2 mcm ni. Dlm 1 hari tu pun bukannya 24 jam full. Betul, kumpul duit utk anakbini tapi sendiri & anakbini tak campur orang nak buat apa. Org kata tak ada life.
sri nuang, cafe tu operate frm wut time to wut time? bunyi mcm menarik. apa speciality? or cafe tu just nama forum dlm blog sri nuang je?
tak salah saya cafe tu operate frm 12pm to 12am. Setakat nak ngeteh & ngopi elok sgt. Tak payah keluar jauh.
pihak biro wanita seri nuang akan menganjurkan program yang julung-julung kali diadakan di sini iaitu 'kitar semula' atau 'recycled. program ini akan diadakan seperti berikut:
tarekh: 10 januari 2010 (ahad)
masa: 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
tempat: berhampiran surau al-ikhwan.
kepada sesiapa yang ada barang-barang yang tidak digunakan lagi, bolehlah turun untuk meramaikan lagi kawan-kawan kita pada hari tersebut. antara barang-barang yang diambilkira ialah surathabaq lama, botol plastik, besi, kotak-kotak dan lain-lain lagi.
ada posting baru pasai santai de nuang cafe tu..
setakat la ni, dia bukak start kui 12.00 noon sampai 12.00 tengah malam la..
senang la nak minum2 ka.. ada western food, nasi ayam, burger...
kira ok lah buat permulaan.
gua respect sama dia punya towkay, sebab berani bukak kedai kat seri nuang yang belum ramai org nie...
"zaman sekarang ini semua orang pakai RM nak buat apa2 - boleh bayar boleh beli bab gotong royong xmain lah ... kami muda lagi dan sibuk mencari RM. Nanti anak bini nak makan apa ! mana ada masa nak gotong royong ni..
betul tak"
-hidup nie macam tayar, ada masa kat ateh, ada masa kat bawah..
peace brother
Wahai Orang Muda Jugak...
Masing ada pendapat tersendiri.. lu mungkin betul and org lain pun mungkin betul..
Lu pikir la sendiri !
kita mungkin banyak lupa dgn pesanan Rasulullah SAW tentang peristiwa akhir zaman ini. Marilah kita sama2 memperbanyakkan membaca hadis2 bila bila kita ada kelapangan dan sampaikanlah kepada kawan2 kita yang belum mengerti.
daripada kita bertelagah pendapat (tapi nanti ada org kata kita berhak mengeluarkan pendapat masing2) kita kena mengakui Orang Melayu x bersatu.... pls lah mengaku - jgn sampai xkan bersatu cukup lah...
Lu Pikir lah Sendiri
adat dunia.. adat manusia...
pikir sendiri, pikir sejenak, pikir hal dunia, pikir hal akhirat..
jangan lupa beribadat, dekatkan diri dengan Allah.
Melayu Islam BBSA bersatu demi bangsa.
ini satu isu yang hangat, memang dah bikin paneh nie... ada yang terasa, ada yang diam, ada yang sokong ada yang ateh pagaq...
manusia memang dijadikan Allah untuk berfikir - ahli fikir..
Rausyanfikir (group rock tahun 1980an-90an)..
Kita manusia hidup di dunia dijadikan ramai kaum serta kawan-kawan untuk kita mengenali antara satu sama lain..depalah tempat kita mengadu jika kita pi merantau kat tempat org...
renung-renungkanlah sejenak sempena tahun 2010 ini.
Post a Comment